Sabtu, 27 Oktober 2012

✿ 100 HARI MENUNGGU CINTA ✿



Lama-lama dulu, ada seorang raja. Dia telah mengadakan pesta tari-menari yang sangat meriah. Baginda menjemput semua anak raja dan puteri-puteri cantik untuk turut serta. 

Pada masa yang sama juga, ada seorang pengawal raja. Semasa dia sedang memerhati keramaian tersebut, dia terpandang seorang puteri yang lalu dihadapannya dengan senyuman yang sangat manis. Seperti terkena panahan petir, pengawal tersebut telah jatuh cinta kepada puteri raja itu.

TAPI...
Taraf puteri raja dan pengawal..memang terlalu jauh berbeza. Apalah daya si pengawal raja... kan

Ada suatu hari . . pengawal itu meluahkan isi hatinya kepada si puteri. Katanya tanpa puteri, hidup tak bermakna. Puteri terharu mendengar katanya. Lalu puteri pun berkata kepada pengawal itu. 
katanya . . . 

"... kalau kamu mahu menunggu aku diluar tingkap selama 100 hari. Aku rela berkahwin dengan kamu . . "

Pengawal itu pun segera berlari menuju ke luar tingkap bilik si puteri pujaannya. 1 hari, 2 hari, 3 hari, 20 hari.. pengawal tetap berdiri disana. Tak bergerak . . .

Walaupun hampir keseluruh badannya habis disengat tebuan, dia tetap tak berganjak dari tingkap tersebut. Tak kira angin bertiup atau hujan, dia tetap berdiri di situ. Sehingga hari ke 90, seluruh badan pengawal itu dah kaku. Nyaris tak bermaya lagi..

Airmatanya mengalir tak henti-henti. Mungkin dia sudah tidak terdaya menahan airmatanya... tenaganya juga sudah tiada untuk tidur.

Akhirnya . . .
sampai hari yang ke 99 . . . . . .

Pengawal itu meninggalkan tempat itu dengan senyapnya . . .

Kenapa pengawal tu tinggalkan tempat itu ?
Menahan segala yang dia bisa, kenapa dia tak tunggu sehari lagi ?? 

"Fashion is what you buy, Styles is what you do with it"
                                 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Thank you