Memaparkan catatan dengan label Agama. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Agama. Papar semua catatan

Sabtu, 2 Februari 2013

HAKIKAT PERNIKAHAN


Jika hakikat pernikahan adalah kerana SEX,
maka pasangan rajin bertengkar jika servis di kamar tidur tidak memuaskan.

Jika hakikat pernikahan adalah kerana HARTA,
maka pasangan bakal bubar jika bankrupt,

Jika hakikat pernikahan adalah kerana BEAUTY/BODY,
pasangan bakal lari jika rambut beruban dan muka kerepot atau badan jadi gendut.

Jika hakikat pernikahan adalah kerana ANAK,
maka pasangan akan cari alasan utk pergi jika buah hati (anak) tidak hadir.

Jika hakikat pernikahan adalah kerana KEPERIBADIAN,
pasangan akan lari jika orang berubah tingkah lakunya.

Jika hakikat pernikahan adalah kerana CINTA,
hati manusia itu tidak tetap dan mudah terpikat pada hal-hal yang lebih baik, lagipula manusia yang dicintai pasti MATI/PERGI.

Jika hakikat pernikahan adalah kerana IBADAH kepada Allah,
sesungguhnya Allah itu KEKAL dan MAHA PEMBERI HIDUP kepada makhluknya.

Dan Allah mencintai hambanya melebihi seorang ibu mencintai bayinya.

Maka tak ada alasan apapun didunia yang dapat meretakkan rumah tangga kecuali jika pasangan mendurhakai Allah.


"Fashion is what you buy, Styles is what you do with it"
                                 

Jumaat, 1 Februari 2013

JENIS LELAKI YANG DI TARIK PEREMPUAN KE NERAKA


Di akhirat nanti ada 4 golongan lelaki yang akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka yang tidak memberikan hak kepada wanita dan tidak menjaga amanah itu. Mereka ialah:

1. Ayahnya

Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak mempedulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat,mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia saja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya. 

(P/S: Duhai lelaki yg bergelar ayah, bagaimanakah hal keadaan anak perempuanmu sekarang?. Adakah kau mengajarnya bersolat … ..menutup aurat?.. pengetahuan agama?.. Jika tidak cukup salah satunya, maka bersedialah untuk menjadi bahan bakar neraka jahannam.)

2. Suaminya

Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun seorang yang alim dimana solatnya tidak pernah bertangguh, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dalam neraka.

(P/S: Duhai lelaki yg bergelar suami, bagaimanakah hal keadaan isteri tercintamu sekarang?. Dimanakah dia?
Bagaimana akhlaknya? Jika tidak kau menjaganya mengikut ketetapan syari'at, maka terimalah hakikat yang kau akan sehidup semati bersamanya di 'taman' neraka sana.)

3. Abang-abangnya

Apabila ayahnya sudah tiada, tanggung jawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara lelakinya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya saja dan adiknya dibiarkan melencong dari ajaran Islam, tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

(P/S: Duhai lelaki yang mempunyai adik perempuan, jangan hanya menjaga amalmu, dan jangan ingat kau terlepas. kau juga akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak, jika membiarkan adikmu bergelumang dengan maksiat dan tidak menutup aurat.)

4. Anak-anak lelakinya

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram di sisi Islam. bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah, mengata-ngata dan sebagainya…maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak….dan nantikan tarikan ibunya ke neraka.

(P/S: Duhai anak2 lelaki…. sayangilah ibumu….nasihatilah dia jika tersalah atau terlupa…. kerana ibu juga insan biasa… sekali lepas dari melakukan dosa…selamatkanlah dia dari menjadi 'kayu api' neraka….jika tidak, kau juga akan ditarik menjadi penemannya.)

Lihatlah…..betapa hebatnya tarikan wanita bukan saja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat. Maka kaum lelaki yang bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka.

Firman Allah S.W.T;

"Hai anak Adam, peliharalah diri kamu serta ahlimu dari api neraka dimana bahan bakarnya ialah manusia, jin dan batu-batu….

"Fashion is what you buy, Styles is what you do with it"
                                 

Ahad, 13 Januari 2013

✿ WANITA SOLEHAH ITU ✿



Pandai MENJAGA DIRINYA...
Gemar melakukan PUASA…
Solat malamnya TERJAGA…
Kata-katanya BERNADA…
Pembawaannya ANGGUN dan BERWIBAWA…

Wanita Solehah itu...
Pandai MENJAGA LISANNYA…
Menjauhi GHIBAH dan DUSTA...
Pandai Menyimpan RAHASIA…

Dia pandai MENGATUR HARTA...
Tidak suka BERFOYA-FOYA…
HEMAT dan CERMAT dalam BERBELANJA…

Dia MENYEJUKKAN… DI MATA suaminya…
Selalu Riang dan PENUH CINTA…
SANTUN dan SOPAN dalam BERTUTUR KATA…

Dia TA’AT pada Allah dan Rasul-Nya…
Dia TA’AT pada suaminya…
Dia QONA’AH dan PENGHIBA…
Dia TABAH MENDERITA…

Di pelupuk matanya berbinar CAHAYA…
Di mulutnya terlantun DOA…
Di hatinya tersimpan… "MUTIARA"

Wanita Solehah itu...
Hatimu tentram ketika MELIHATNYA…
Jiwamu senang ketika MEMANDANGNYA…
Perasaanmu gembira ketika mendengar PENDAPATNYA…

Dialah PERHIASAN TERINDAH di dunia…
Penghias KEHIDUPAN suaminya…

“Tiada kekayaan yang diambil seorang mukmin setelah takwa kepada Allah yang lebih baik dari isteri solehah.”
 [Hadits Riwayat Ibn Majah]



"Fashion is what you buy, Styles is what you do with it"
                                 

Selasa, 1 Januari 2013

✿ GANJARAN UNTUK ISTERI YANG SOLEHAH ✿

Antara ganjarannya:-

a) “Sekali suami minum air yang disediakan oleh isterinya adalah lebih baik dari berpuasa setahun.”

b) “Makanan yang disediakan oleh isteri kepada suaminya lebih baik dari isteri itu mengerjakan haji dan umrah.”

c) “Mandi junub si isteri disebabkan jimak oleh suaminya lebih baik baginya daripada mengorbankan 1,000 ekor kambing sebagai sedekah kepada fakir miskin.”

d) “Apabila isteri hamil ia dicatitkan sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai jihad.”

e) “Pemeliharaan yang baik terhadap anak-anak adalah menjadi benteng neraka, pandangan yang baik dan harmonis terhadap suami adalah menjadi tasbih (zikir).”

f ) “Tidak akan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya.”

g) “Apabila meninggal dunia seorang dan suaminya ridha, niscaya ia dimasukkan ke dalam syurga.” (Hadits Riwayat Tirmidzi)

h) “Seseorang wanita apabila ia mengerjakan sembahyang yang difardhukan ke atasnya, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dirinya dan taat kepada suaminya, maka berhaklah ia masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia suka.”

(Hadits Riwayat Anas Bin Malik)



"Fashion is what you buy, Styles is what you do with it"
                                 

Selasa, 31 Julai 2012

✿ RAMADHAN AL-MUBARAK ✿

PROTECT YOURSELF


"Fashion is what you buy, Styles is what you do with it"
                           

Sabtu, 7 Julai 2012

✿ Wahai wanita . . ✿




Hal terindah dari wanita adalah; Bukan saat ia tersenyum bahagia, tetapi saat air matanya jatuh dalam DOA. Bukan karna kata-katanya yg indah tapi saat bibirnya basah karna dzikrullah. Bukan karna kecantikan yg mempesona, tapi karna sujudnya pada Allah Azza Wa Jalla Bukan karna ke'elokan tubuhnya, tapi karna keteguhannya dalam menjaga AURAT.

Memang benar, sekarang sudah tak ada wanita sholehah yg setegar Khadijah, selembut Aisyah & seteguh Siti Fatimah. Karna mereka adalah orang-orang terpilih oleh Allah Azza Wa Jalla & dijanjikan syurga. Namun Insya Allah sekarang masih ada wanita akhir Zaman yg ingin belajar berusaha menjadi wanita yg setegar Khadijah, selembut Aisyah & seteguh Siti Fatimah dgn mnjadikan mereka sbg tauladan, Insya Allah mereka adalah wanita yg tengah membaca tulisan ini.


"Fashion is what you buy, Styles is what you do with it"