Jumaat, 21 Februari 2014

Bantuan Rakyat 1Malaysia[BR1M 3.0] Sudah Masuk Ke Akaun



Ramai yang memberikan info bahawa Bantuan Rakyat 1Malaysia[BR1M 3.0] telah pun di kreditkan ke akaun bank masing masing,
Menurut sumber dari FB, ada yang mengakui telah menerimanya seawal jam 10 malam pada 20/2/2014.
BR1M 3.0 menyaksikan kenaikan bantuan antara RM50 hingga RM150 dan penerima kategori baru berbanding BR1M sebelum ini.
Bagi isi rumah berpendapatan bulanan bawah RM3,000 akan menerima RM650. Kategori bantuan diperluaskan kepada isi rumah berpendapatan antara RM3,001 hingga RM4,000 menerima RM450.
Warga emas berumur 60 tahun ke atas akan menerima RM650 sementara kategori bujang berumur 21 tahun ke atas dan berpendapatan bawah RM2,000 akan menerima RM300.
Penerima juga akan mendapat caruman Insurans Takaful Berkelompok Rakyat 1Malaysia (i-BR1M) dengan nilai perlindungan maksimum RM30,000.
"Fashion is what you buy, Styles is what you do with it"