Rabu, 27 Februari 2013

DIY: LIP BALM


INGREDIENTS:
8 Drops peppermint oil
2 Tbsp carrier oil (such as almond oil—this dilutes the peppermint oil from a burn to a tingle)
1 Tbsp beeswax pellets
Glass dropper
Glass jar
Containers (hit up a department store for sample jars )
Optional: lipstick shavings for a hint of tint
DIRECTIONS:
Put the two tablespoons carrier oil and one tablespoon beeswax in a glass jar and close the lid. Heat the jar in a pot with water on medium-high heat until wax is melted. Remove jar from pot and stir mixture. Add peppermint oil with a dropper (not too much or it’ll burn your lips—we recommend starting with eight drops and adding more if necessary). If you’d like your balm to be tinted, stir in your lipstick shavings until your desired color is achieved. Then immediately pour the mixture into your containers. Let stand for two hours until hard.
SHARING = MORE FRIENDS = AWESOME!


"Fashion is what you buy, Styles is what you do with it"
                                 

Sabtu, 2 Februari 2013

✿ AL-QURAN WANITA TAJWID PELANGI ✿




Bismillahirrahmaanirrahiim...

Memperkenalkan : Mushaf Al-Burhan Edisi Wanita Tajwid - Pelangi 
(Al-Quran Wanita Pelangi – AWP)
Ukuran: A6 (10 x 15 cm) 
Cover: Baldu.
Warna : Pink, Purple, Turqoise Blue, Maroon.
Harga: RM 110 + FREE POSTAGE.

Konten Keunggulan:
Al-Quran beserta terjemahan 30 Juzuk.
Perbezaan warna muka surat tiap-tiap juzuk.
Al Quran quantum wanita.
Tajwid 8 warna.
Fiqih wanita (Shalat, Shaum, Haji, Hamil, Waris).
20 Sejarah wanita dalam Al Quran.
Gelaran wanita dalam Islam.
Agenda muslimah khatam Al quran.
Carta tentang wanita yg haram dinikahi.
Carta tentang ibadah rawatib wanita.
Carta tentang ibadah nafilah wanita.
Indeks ayat-ayat mengenai wanita dalam Al-Quran. 
Tips kecantikan mengikut sunnah Rasullulah.
40 Hadits tentang wanita (Arba'in Nisaaiyyah).
"Fashion is what you buy, Styles is what you do with it"
                                 

HAKIKAT PERNIKAHAN


Jika hakikat pernikahan adalah kerana SEX,
maka pasangan rajin bertengkar jika servis di kamar tidur tidak memuaskan.

Jika hakikat pernikahan adalah kerana HARTA,
maka pasangan bakal bubar jika bankrupt,

Jika hakikat pernikahan adalah kerana BEAUTY/BODY,
pasangan bakal lari jika rambut beruban dan muka kerepot atau badan jadi gendut.

Jika hakikat pernikahan adalah kerana ANAK,
maka pasangan akan cari alasan utk pergi jika buah hati (anak) tidak hadir.

Jika hakikat pernikahan adalah kerana KEPERIBADIAN,
pasangan akan lari jika orang berubah tingkah lakunya.

Jika hakikat pernikahan adalah kerana CINTA,
hati manusia itu tidak tetap dan mudah terpikat pada hal-hal yang lebih baik, lagipula manusia yang dicintai pasti MATI/PERGI.

Jika hakikat pernikahan adalah kerana IBADAH kepada Allah,
sesungguhnya Allah itu KEKAL dan MAHA PEMBERI HIDUP kepada makhluknya.

Dan Allah mencintai hambanya melebihi seorang ibu mencintai bayinya.

Maka tak ada alasan apapun didunia yang dapat meretakkan rumah tangga kecuali jika pasangan mendurhakai Allah.


"Fashion is what you buy, Styles is what you do with it"
                                 

Jumaat, 1 Februari 2013

JENIS LELAKI YANG DI TARIK PEREMPUAN KE NERAKA


Di akhirat nanti ada 4 golongan lelaki yang akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka yang tidak memberikan hak kepada wanita dan tidak menjaga amanah itu. Mereka ialah:

1. Ayahnya

Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak mempedulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat,mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia saja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya. 

(P/S: Duhai lelaki yg bergelar ayah, bagaimanakah hal keadaan anak perempuanmu sekarang?. Adakah kau mengajarnya bersolat … ..menutup aurat?.. pengetahuan agama?.. Jika tidak cukup salah satunya, maka bersedialah untuk menjadi bahan bakar neraka jahannam.)

2. Suaminya

Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun seorang yang alim dimana solatnya tidak pernah bertangguh, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dalam neraka.

(P/S: Duhai lelaki yg bergelar suami, bagaimanakah hal keadaan isteri tercintamu sekarang?. Dimanakah dia?
Bagaimana akhlaknya? Jika tidak kau menjaganya mengikut ketetapan syari'at, maka terimalah hakikat yang kau akan sehidup semati bersamanya di 'taman' neraka sana.)

3. Abang-abangnya

Apabila ayahnya sudah tiada, tanggung jawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara lelakinya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya saja dan adiknya dibiarkan melencong dari ajaran Islam, tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

(P/S: Duhai lelaki yang mempunyai adik perempuan, jangan hanya menjaga amalmu, dan jangan ingat kau terlepas. kau juga akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak, jika membiarkan adikmu bergelumang dengan maksiat dan tidak menutup aurat.)

4. Anak-anak lelakinya

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram di sisi Islam. bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah, mengata-ngata dan sebagainya…maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak….dan nantikan tarikan ibunya ke neraka.

(P/S: Duhai anak2 lelaki…. sayangilah ibumu….nasihatilah dia jika tersalah atau terlupa…. kerana ibu juga insan biasa… sekali lepas dari melakukan dosa…selamatkanlah dia dari menjadi 'kayu api' neraka….jika tidak, kau juga akan ditarik menjadi penemannya.)

Lihatlah…..betapa hebatnya tarikan wanita bukan saja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat. Maka kaum lelaki yang bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka.

Firman Allah S.W.T;

"Hai anak Adam, peliharalah diri kamu serta ahlimu dari api neraka dimana bahan bakarnya ialah manusia, jin dan batu-batu….

"Fashion is what you buy, Styles is what you do with it"